Monday 7 November 2016

Daging/Ayam masak lada hitam@goreng cili.

Hi,

Kali ni nak share simple recipe untuk daging/ayam/kambing.
Simple tp sedap, resepi ni dua dalam satu. tak nak guna lada hitam boleh guna cili api. ikut selera memasing.

Bahan2;
5 sudu minyak masak. Agak2 je ikut daging.
1/2kg daging d hiris -+1cm tebal
2 biji bawang Holland di hiris -+1-1.5cm
2-3 ulas bawang putih. Ketuk saja pn boleh.
Lada hitam@cili api – ikut nk berapa pedas. 
2 biji cili besar, merah dan hijau di hiris memanjang. Xnak letak pun xpe.
Gula dan garam tuk perasa.

Steps:
1.        Panaskan minyak dalam kuali.
2.       Masukkan daging. Goreng daging sampai kocut 2-3 minit.
3.       Masukkan bawang Holland, bawang putih dan lada hitam@cili api.
4.       Kacau dan masukkan hirisan cili besar.
5.       Agak hirisan cili da layu, perasakn dengan garam dan gula. Kalau suka boleh juga masukkan kicap.
6.       Matikan api dan hidang. 

Sedap makan dengan nasi putih panas2..
Selamat mencoba.


Marinate Lamb/Mutton/chicken for BBQ

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

simple but i love this. the meat will come out just nice even you eat it on its own.

ingredients:

2 tbs beef stock powder
1 tbs rosemary
1 tbsp paprika powder
1-2 tbsp black pepper crushed/powder
salt
brown sugar@ palm sugar - this base on your preference

step:

1. mixed all the ingredients in one bowl. taste it, make sure its just right on the saltines and sweetness.
2. there is 2 way. one you mix the mixed with oil(olive oil) and then rub to you meat or just rub the mixed to the meat. both work.
3. let it rest for at least 2 hour before cooking.

enjoy your meat then...

Sup Berempah ala Mamak

Assalamualaikum...
Hari ni nak share resepi sup berempah ala mamak.
Sup ni sedap makan begitu saja, dengan roti, dengan nasi, crouton, baguette dan lain2 ikut citarasa anda.
Yang best,juga sesuai tuk orang demam dan selsema. Boleh membantu, walau tiada jaminan akan menyembuhkan.

Bahan2 tuk 1-1.5 liter:

½ paket@125gm rempah sup adabi
2-3 sudu makan garam masala
Serbuk lada hitam ikut selera(tuk red meat, klau tuk white meat suggest guna lada putih)
Sup bunjut tuk sup tulang. 1 bunjut tuk 1 liter kuah.
1-1.5 liter air
2-3 biji Bawang Holland/hijau di potong 1-1.5cm (saya suka guna banyak)
Bawang putih – ketuk/hiris/chopped
Kentang, ni ikut suka nak letak atau tak
Bawang goreng, daun bawang dan daun sup tuk hiasan dan penambah perisa.

Step:

1.   Panaskan minyak +- 5 sudu makan
2.  Minyak sudah panas, kasi masuk bawang Holland+bawang putih dan kecilkan api. Tumis bawang sampai naik caramel. Proses ni mmg kena sabar dan rajin. Kerap kacau tuk elak bawang hangus. Dapatkan tekstur bawang hamper jd lutsinar.
3.  Selepas tu masukkan rempah sup dan garam masala. Kekalkan api kecil, kacau sebati.
4.  Masukkan daging/ayam dan gaul sehingga naik bau rempah semerbak menusuk hidung.
5.  Dengan pantas setelah naik bau terus masukkan air dan kacau. Step ni kena jaga timing, sebab rempah td senang hangus sehingga hilang rasa.so standby air siap2.
6.  Besarkan sedikit api dan biar sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
7.  Bila da mendidih boleh masukkan lada hitam kalau suka. Ni optional.
8.  Kecilkan api dan biarkan sup mereneh sehingga bawang Holland td hampir atau larut dalam sup.
9.  Setelah itu perasakan dengan garam dan gula, klau nk letak penambah perisa seperti ajinomoto pn boleh.

Sup ni saya suka buat utk daging, tulang, kambing dan ayam bersara. Sebab sup ni lebih sedap lepas di panas bkali2. So klau guna ayam daging, dagingnya cepat hancur.

Gambar2 nnt saya upload. Sebab resepi ni kakak minta tolong. So tulis dulu. Dah lama pun xbuat. Sebab sekarang mem besar da pegang dapur. Kurangla masa saya bersilat kat dapur tu.


Friday 4 November 2016

Simple Black pepper sauce

Salam sejahtera,

Esok ado family BBQ.. so di minta buat blackpepper sauce..

Simple but tasty enough for me.

Bahan-
Crushed black pepper
Fine grind black pepper
Butter/margerine
Beef stock-blh guna instant. Xrajin nk buat manual.
Cream atau susu bg yg lebih sihat
Flour

Step 1:
Kite buat dark roux dl. Pkai tepung gandum tau.
1. Panaskn butter dlm api sederhana
2. Kecilkan api dan masuk tepung sedikit demi sedikit sambil kacau bagi sebati. Sampai dia hampir jd bketul atau bila angkat tu dia xmencair... Kacau sampai perang sbb nk buat dark roux. Da siap sejukkan.. Sapo x naj buat roux, bancuh je tepung gandum dgn air. Xgemar pakai tepung jagung sbb tekstur sauce senang berubah.

Step 2
So kita mula buat sos kita.
1. Panaskan butter at medium heat.
2. Masukkan crushed pepper td, kacau sampai nek bau. Atau rasa nk bersin tu da kira boleh la tu.
3. Masukkan beef stock td. Sebaiknya naik je bau terus masuk liquid. Tunggu sampai mendidih.
4. Da mendidih tu kecikkan sikit api bg dia simmering atau xbrp nk mendidih tu. Masukkan krim dan kacau.
5. Masukkan lada kisar halus td. Masa ni blh adjust how hot you want the sauce.
6. Bila temp da back to simmer, masukkan roux td. Basic rule nk guna roux. Hot liquid, cold roux. Hot roux, cold liquid. Jd pastikan roux td da sejuk. Atau yg nk pakai tepung, tu pn masuk time ni.  Masukkan sikit2 dan kacau, nk senang guna whisk jgn bg roux/tepung bketul.
7. Terus simmer sampai dia pekat ikut selera anda. Time ni masuk seasoning. Adjust salt and sugar. Rasa dulu, sbb biasa instant beef stock da agak masin. Gula sy suka guna gula merah atau gula kabung. Manis dia lain dan lg ngam,pd sy la.

Tu je step dia... Simple but tasty... Sauce ni pn klau rasa nk buat daging goreng black pepper. Just goreng daging, masuk bawang potong, tuang sauce ni dan kacau, dan sedia untuk di hidang.

Tips: klau nk letak sliced mushroom pn boleh. Masukkan sekali kt no. 2.

Monday 11 May 2015

sosej roll

bahan2:
salutan;
tepung gandum
yis
gula
garam
serbuk lada sulah
telur

sosej;
sosej
serbuk lada hitam
bawang
kicap
carrot
red cabbage

bahan salutan ikut kuantiti, adun dengan  telur dan air tenderness seperti adunan karipap.

buatkan dalam bentuk bulatan kecil seperti ketulan roti canai dan rehatkan 15-20 minit

bawang dihiris mengikut ketebalan citarasa anda, lbh kurang macam tuk tumis dgn sayur.

carrot dan red cabbage potong halus ala julienne.

gaulkan carrot, red cabbage dan bawang. masukkan kicap and serbuk lada hitam kemudian gaul sebati.

adunan tadi gunakan pencanai dan canai senipis yg boleh, kemudian letakkan sosej di kira 1/3 dan letakkan campuran hirisan yg telah d gaul dgn kicap td sekadar sesuka hati...nak banyak boleh dan lebih sedap.

kemudian gulungkan, separuh jalan lipatkan lebihan adunan d kiri dan kanan kedalam utk seal. ak lagi baik canaikn sedikit yg d lipat td. kemudian gulung sehingga habis, di penghujung tepung sapukan sedikit air supaya tepun tu lekat dan xtbuka masa goreng.

da siap kerja melenteng sosej, skrg gorengkan..pastikan myk yg agak banyak, lbh kurnag mcm nk goreng karipap. jgn masuk skali byk, sbb nnt dia kan kembang sekembang rikishi. so masukkan ikut saiz kuali anda ye.

klau xnak goreng pun boleh. boleh bakar dlm oven. sapukan sedikit kuning telur d bahagian atas sebagai penyeri.

then blh la hidang... sedap atau tidak tu terpulang. sebab benda ni sangat basic dan open untuk kreativiti yg sgt luas.

sosej blh d gantikan dgn mcm2 benda..nak letak daging kambing pn boleh..nak letak chiken ham pun boleh...

p/s: gambar xde sebab update ni kat ofis, so connection kena block... :-) jgn bgtau bos sy ye..

Monday 6 April 2015

Pembuka Bicara, Madah selera

Assalamualaikum and salam sejahtera..


saje nk tulis je..xpandai pun masak...campak2 je ikut suka...klau sedap Alhamdulillah...xsedap itu pengalaman...

seperti kisah hidup kita sndiri...