Monday, 7 November 2016

Sup Berempah ala Mamak

Assalamualaikum...
Hari ni nak share resepi sup berempah ala mamak.
Sup ni sedap makan begitu saja, dengan roti, dengan nasi, crouton, baguette dan lain2 ikut citarasa anda.
Yang best,juga sesuai tuk orang demam dan selsema. Boleh membantu, walau tiada jaminan akan menyembuhkan.

Bahan2 tuk 1-1.5 liter:

½ paket@125gm rempah sup adabi
2-3 sudu makan garam masala
Serbuk lada hitam ikut selera(tuk red meat, klau tuk white meat suggest guna lada putih)
Sup bunjut tuk sup tulang. 1 bunjut tuk 1 liter kuah.
1-1.5 liter air
2-3 biji Bawang Holland/hijau di potong 1-1.5cm (saya suka guna banyak)
Bawang putih – ketuk/hiris/chopped
Kentang, ni ikut suka nak letak atau tak
Bawang goreng, daun bawang dan daun sup tuk hiasan dan penambah perisa.

Step:

1.   Panaskan minyak +- 5 sudu makan
2.  Minyak sudah panas, kasi masuk bawang Holland+bawang putih dan kecilkan api. Tumis bawang sampai naik caramel. Proses ni mmg kena sabar dan rajin. Kerap kacau tuk elak bawang hangus. Dapatkan tekstur bawang hamper jd lutsinar.
3.  Selepas tu masukkan rempah sup dan garam masala. Kekalkan api kecil, kacau sebati.
4.  Masukkan daging/ayam dan gaul sehingga naik bau rempah semerbak menusuk hidung.
5.  Dengan pantas setelah naik bau terus masukkan air dan kacau. Step ni kena jaga timing, sebab rempah td senang hangus sehingga hilang rasa.so standby air siap2.
6.  Besarkan sedikit api dan biar sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
7.  Bila da mendidih boleh masukkan lada hitam kalau suka. Ni optional.
8.  Kecilkan api dan biarkan sup mereneh sehingga bawang Holland td hampir atau larut dalam sup.
9.  Setelah itu perasakan dengan garam dan gula, klau nk letak penambah perisa seperti ajinomoto pn boleh.

Sup ni saya suka buat utk daging, tulang, kambing dan ayam bersara. Sebab sup ni lebih sedap lepas di panas bkali2. So klau guna ayam daging, dagingnya cepat hancur.

Gambar2 nnt saya upload. Sebab resepi ni kakak minta tolong. So tulis dulu. Dah lama pun xbuat. Sebab sekarang mem besar da pegang dapur. Kurangla masa saya bersilat kat dapur tu.


No comments:

Post a Comment